expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday 13 February 2013

Arwah Yasmin J Hunwick.

a plain girl who missed by her Family :) alFatihah.
honestly, aku tak kenal pun siapa Yasmin binti Johan Eusoffe Hunwick Abdullah ni.
I did read a blog by Syahirah Ghani and jumpa post pasal Arwah ni.
aku clicked blog dia. and first thing I saw;
AL FATIHAH. *aku dah start sebak masa baca ni.
Allahyarhammah Yasmin Johan. 22 Feb 1995 - 03 June 2012.
aku baca first post yang kat atas tu. SELAMAT TINGGAL SAHABAT is it's tittle. written by her Mama. mata aku mula berkaca. aku kumpul kekuatan untuk scroll down her blog.
ada post yang tittle dia je dah buat aku menangis.
which it was:
Along, SPM dah habis.
Along, ini Mama. Semalam dah tamat SPM dan kalau Along ada mesti along akan tulis, Along sudah merdeka dan akan menolong mama di kedai ataupun membuat aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dgn Along. Allah maha mengetahui, kita hanya mampu merancang... mama nak buat macam mana.. bila takdir dah menentukan semua... meragut kebahagiaan mama, papa dan adik-adik. Hanya keredhaan dan kami terima sahaja dugaan dari yang maha Esa. Mama tak kesampaian nak tengok along membesar didunia ini, selepas SPM, belajar diperingkat tertinggi, mempunya teman istimewa, menjadi ibu, mempunyai anak... and the list goes on like a dream never have its ending ....
seriously ketika ini aku terfikir; how lucky aku dapat merasai kepayahan menghadapi SPM berbanding Yasmin. selama ni ada aku bersyukur? never Zahra! kau mengeluh ada lah. Astaghfirullah alAzim.

aku teruskan membaca tulisan serta rintihan Mamanya, Puan Sazlina. and a few other bloggers also talked about Yasmin in their blogs. her Papa also did comment to one of blogger who posted a story about Yasmin; Ku Nur A'qilah as below:
Salam Sejahtera Aqilah dan para pembaca blog ini,

Saya Johan E Abdullah @ Johan Peter Hunwick (ayah kepada Arwah Yasmin Johan). Saya amat berterima kasih and so touched atas usaha Saudari membuat komen terhadap arwah anak saya. Saya juga amat bersyukur kepada illahi dan jutaan terima kasih atas doa semua muslimin & muslimat kpd arwah anak saya....only Allah s.w.t. balas kebaikan saudara saudari sekelian 

Mengalir air mata saya menulis komen ini. Nothing more sad for a father then bathing, assist in "kafan", solat jemmaah, usung jenazah cintaku, holding my beloved daughter with my two bare hands and placing her in liang lahad and finally listening to the Talqin.....the list goes on...but i am extremely grateful to Allah that the funeral went on very smoothly as any father could ask for and that i was actively involved.... Alhamdulillah diberi kekuatan olehNya.
In Allah we trust and we must redha atas ketentuanNya. As a muslim we must submit in totality to Allah and without any doubt that Allah lebih mengetahui atas segalanya. 

My selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w and i will always berdoa you my anak manja - Yasmin Johan.
highlights tahun lepas.

A'qila also shared some timeline of death of Arwah Yasmin;

3 jun 2012 11am
 ketika dalam penggal ke2 cuti persekolahan , arwah yasmin ke sekolah untuk discussion bersama kawan2 karibnya dalam pukul 11 dia dan kawannya pulang ke rumah kawan rapatnya (F) Sebelum sampai ke rumah (F).kwn rapat nya tersebut merasakan sesuatu yg tak kena dgn cara arwah berjalan. (F) tanya kenapa, dia jawab tak ada apa2.  Dirumah (F) arwah nampak penat dan tidor nyenyak. Sebelum tu dia sempat lihat gambar mereka berdua dan dia pegang seperti raut gambar didinding dengan pandangan yang sayu ...
semasa menunggu aunty saz datang mengambil nya..

Manakala aunty saz ketikq tu berjumpa dgn kawan lama beliau, menyebabkan aunty saz tidak dapat mengambil arwah disekolah. arwah sering menumpang dirumah (F) jika ada tusyen atau lewat aunty ambik. sebelum aunty saz ambik arwah dirumah (F) aunty saz menemani kawan sekolah aunty saz shopping di kedai duty free di Kuah (bandar).  kawan aunty saz meminta aunty saz pilihkan untuk dia (kawan aunty saz) dia kata dia nak beli kain batik lepas 3 helai. Aunty saz pilih untuk dia dan mangatakan  '' senang kena ada batik lepas kat rumah, kot-kot ada org meninggal '' .. Waktu shopping tu dalam pukul 2-3 petang. lagi pun aunty saz janji ambik arwah dirumah (F) pukul 3 petang

3pm
selesai bertemu dgn rakan aunty saz..
aunty saz menjemput arwah di rumah (F) dan membawa dia balik kerumah terus, masa tersebut beliau melihat mata arwah dah merah macam baru lepas nangis. Tapi aunty saz tidak mahu bertanya. Bila balik ke rumah arwah terus senyap, Bibik indonesia aunty saz kata arwah minum air teguk macam org terlalu haus, bibik pun heran, arwah tak pernah buat macam tu.

Selepas dia minum air, dia terus ke bilik dan bersama laptopnya.

6.30pm

arwah ada kelas piano pukul 6.30 pm, dia pergi sendiri kereta. Arwah pass lesen kereta dah bulan May.(die excted sbb pass)''Dia kata buat sesuatu dia mesti boleh deliver''
Mungkin tuhan nak kasi dia satisfied before dia meninggal. Dia sempat bawa kereta ke sekolah bersama adiknya Muiz. Tapi Muiz kata, dia bawa kereta pun tak berasa selesa. Ya la kan, bila nak meninggal, kaki kita jadi lemah. Driving kan perlu kaki untuk bergerak

malam

Malam tersebut pun ibu arwah serba tak kena.. resah sahaja.. papa arwah mengemas bilik arwah, pecah gelas ditangan... bila ditegur papanya arwah terus keluar, arwah tak pernah buat mcm tu.. kata org2 tua 'AJal Dah Memanggil' 
bila arwah keluar rumah, aunty saz dah terbayang tempat yg accident tu... tempat tersebut mmg byk org accident dan tak pernah org survive..
jgn salah sangka arwah tidak baling gelas tersebut.. arwah tersinggung alat2 mekap dia sebelum dia keluar dan alat2 mekap terus jatuh berderai. Tidak tahu kenapa arwah tak nak share blik dgn Ayesha adik dia, selalunya dia ok.. tapi hari tu berlainan sikit.selama ni dia sayang adik dia..

11pm
Bila arwah keluar lari dari taman rumah aunty saz ., arwah berjumpa dgn kawannya iaitu, Arwah Nur Hazwani masa Hazwani beli burger di taman sebelah. Arwah Hazwani hubungi kawan yg ada motor bernama Arwah Nur Ainaa Apiqah. Tujuan mereka naik motor tu untuk menghantar arwah ke rumah (F) Dan tujuan mereka naik motor bertiga ialah sebab bila dah hantar arwah Yasmin, mereka balik berdua, so tak la takut sgt. Kan dah dekat pukul 12.Jalan nak kerumah (F) tu agak sunyi. mungkin ralat sikit sbb tak pakai helmet. Tapi kalau ada helmet pun, tgk cara kematian, mmg tak ada yg boleh survive
masa yg berlaku tu sekelip mata, sambil menunggu arwah pulang, masa tersebut juga aunty saz merasa yakin dia balik ke rumah.  aunty saz tertidor ketika menanti kepulangan dia. .
11.50pm

Aunty saz tiba2 tersedar terus buka mata, mata terus terpandang jam 11.50..
Dia meninggal jam 11.50.. Aunty saz merasa yakin dia meninggal masa tersebut kerna jam ditangan dia mati ketika kejadian tersebut .HP dia pecah. Ada org bagi Sim kad dia dekat aunty saz. Tapi sampai sekarang beliau tak pernah buka simkad tu kalau beliau buka, beliau mesti  cerita apa yg berlaku. Mesej apa yg ada.aunty saz tak nak buka, sebab takut aunty saz sedih,'' anak aunty saz dah takder, tak ada apa yg aunty boleh ganti ''
Masa aunty saz menerima berita xcident beliau menjerit sehingga 'lemah lutut' , tetapi beliau masih waras, cuma papa arwah terlampau ' sedih '. Aunty saz tidak pergi tgk mayat dihospital sbb aunty saz takut .takut tak kuat menerima kepergiannya..Aunty saz cuma tgu dimasjid untuk mayat dimandikan. Masa tu la aunty saz nampak dia. terakhir.Dimasjid org terlalu ramai sehingga Pak Imam kata " arwah meninggal ni yg paling ramai dan tak pernah di tengok"
Dah rezeki arwah.. semua saudara mara aunty saz datang dari selangor/kl sempat jumpa dia.. aunty saz tidak merasa ralat sgt sebab tak da siapa yg terkilan tak tengok mayat arwah.
malang benarbenar tiada berbau.

dan aku terus membaca blog milik Arwah Yasmin J Hunwick bersama bait-bait rintihan Mama Arwah yang sentiasa update kenangan Keluarga Hunwick.
Arwah Yasmin also did read a book before dia menemui ajalnya. and shared it through Instagram.
aku rasa dia benarbenar melakukan persiapan sebelum bersedia menaiki bahtera menuju ke Alam Baqaa. only Allah knows kan?

the book.
she also have a dream. seperti petanda.
looks like a sign. but Allah knows better :)
her post about the dream.

seriously. seharian aku berendam air mata.
aku tahu cerita ni dah ketinggalan almost 8 bulan berbanding cerita kematian Siti Hajar binti Ahmad Sabir yang riuh kini. but she's not a blogger. while Yasmin was a blogger. takpe la kan? hihi. lagi pun aku tak tahu berita ni. masa tu dekat maktab.

Allahyarhammah Siti Hajar Ahmad Sabir. AlFatihah.











semoga Allah menempatkan Arwah Yasmin dalam kalangan mereka yang bertaqwa. InsyaAllah.





7 comments:

  1. Replies
    1. sedih kan cerita dia? nak tgk blog dia tak?
      nah. http://misschronicz.blogspot.com/2012/12/along-spm-dah-habis.html

      Delete
  2. well sbg antara yg mengikuti blogger beliau, agak terkejut dgn kematian itu, namun sy mngambil byk iktibar dr takdir tuhan ini.

    ReplyDelete
  3. Al Fatihah buat arwah. Hari ini saya buat satu lagi entri mengenai dirinya.

    ReplyDelete
  4. Kuatkan semangat dan banyakkan berdoa buat arwah. Moga ketemu semula di sana. Al-fatihah

    ReplyDelete