expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 20 October 2013

Ke hadapan.

Ke hadapan diri sendiri pada masa hadapan. 

Apa khabar? Aku di sini sihat sahaja walaupun tidak sesenang kau. Aku harap kau berada dalam keadaan sihat sejahtera. Sekarang aku sedang bertungkus-lumus untuk terus hidup di kota yang penuh buas ini. Kau pun tahu kan betapa buasnya Kuala Lumpur, bukan? Aku tahu kau tak lupa. Kuala Lumpur kalau nak diikutkan lebih kejam daripada ibu tiri. Tak mengapa, aku sudah lali. Sudah mangli sampaikan aku cukup selesa didera sebegini.

Aku menulis surat ini sebenarnya cuma ingin mengingatkan kau tentang azam-azam yang kau pernah janjikan untuk diri sendiri. Kau kata bila kau senang kau tak kan lupa diri. Ya aku tahu mungkin kau tak lupa, tapi aku harap kau laksanakan. Boleh?

Jangan lupa diri.

Yang Dahulu;
Diri Kau Sendiri.

Saturday 12 October 2013

Suka sangat.

Suka sangat—
merendah-rendahkan orang.
 
Suka sangat—
pandang rendah kebolehan orang.
 
Bangga sangat—
dapat kais awan.
 
Kau belum tersungkur.
Kau belum pernah rasa lumpur.
Nanti bila merasa,
Baru tahu merana.
 

Suka sangat—
merendah-rendahkan orang.
 

Suka sangat.

Sunday 15 September 2013

Lapan Belas yang Bermakna

Bila usia kau dah cecah angka 18, apa kau rasa?

Chocolate Banana Cake yum yum!
Sebak dan lebih kepada kesejukan lepas kena
simbah dengan air mop -..-
Meet my super Abang, Abang Wildan :)

The girls who I love the most.

Super LOL lil brother, Celup :)

HAI. BYE.
Thanks tau orang atas :)
Meet Sadota :)
Okay, nampak tak happy sangat sampai aku letak gambar je?
Can't describe into words.
 Selamat berlapan belas tahun, Zahra Natasya.

Monday 26 August 2013

Selamat.

Masih kau ingat gambar pertama kita dulu?
Gambar aku tersenyum riang berbalik tabirkan wiring bay di Bengkel Elektrik.
Kau tahu, aku masih simpan foto itu.
Dan jadikan sebagai ID contact nama kau.
Sebab aku rasa gambar tu nampak comel. Kbye.

Kau ingat waktu kau tegur cermin mata baru aku?
Eh Yong, specs baru.
Kau tahu, kau cakap macamtu pun dah boleh buat aku senyum walau tika itu aku berfikiran serabut Ya Rabbi dalam cubaan menyiapkan assignment Programming.
Oh ya. Dan aku juga taktahu bentuk specs atas pilihan Celup ini sama dengan milik kau.
Kebetulan. Kbye.

Kau ingat tak waktu aku tanyakan
"Sawo matang tu macam mana doh?"
Sawo matang tu macam kulit dia ni haa.
"Oh, habis aku ni? Sawo separa matang? Haha haha."
Kau putih. Haha.
Haha haha haha. Haha haha haritu aku gembira.
Taktahu kenapa. Mungkin tumpang gembira sebab kau beli beg baru. Kbye.

Kau masih ingat waktu kau beritahu kau sebenarnya rabun dekat?
Kau tahu, aku terkejut. Terkejut yang melampau, mungkin. Tahap Tera. Separa sahaja sebenarnya.
Tapi comel. Kau rare kot. Serious. Kbye.

Kau masih ingat sepeket coklat Nips yang aku bawakan untuk kau dulu dulu?
Aku tahu kau hanya gemar yang kismis. Terima kasih beritahu.
Kalau kau sedar, hampir setiap hari aku bawa Nips warna ungu itu.
Kalau kau tahu, aku cuma mahu bawa Nips itu hanya untuk kau. Kbye.

Kau ingat lagi tak waktu aku luah semua tentang kawan baik aku yang kau pun kenal jugak tu?
Bebebeh. Kak Yong jeles.
Kau tahu, aku lega dapat keluarkan segala rasa kecewa aku yang shaiton shaiton terhadap dia tu; lepas cakap dengan kau.
Kau ajak aku supaya aku jangan sedih malam itu. Aku dah tak sedih :)
Mungkin aku  boleh label kau sebagai kawan yang memahami. Sangat memahami sebenarnya. Terima kasih. Kbye.

Aku harap kau mampu ingat lebih dari apa yang aku ingat.
Tapi aku tahu aku hanya berharap.

Hari ini, Ogos 25.
Selamat ulang tahun yang ke lapan belas.
Moga kau gembira. Makin gembira.
Moga kau jadi jurutera, sama seperti impian mak kau.
Aku nak kau gembira. Aku nak kau selalu senyum. Senyum edisi malu kau itu. Kbye.



Wednesday 7 August 2013

Papa.

That Thursday, after kelas Dinamika Malaysia, Mama called me.
Masa tu aku ada bersama Fafat, Izzah dan Nadiyya di Blok F. Berusaha untuk memberi kejutan kepada Puan Suzana sempena farewell Puan, kononnya.

Sebaliknya, ketika itu aku yang dikejutkan.

Kerana;

Mama: Yong dah habis kelas dah ke?
Me: Dah dah, kenapa Ma?
Mama: Kalau Yong balik petang ni sendiri boleh? Takde siapa nak ambil lah.
Me: Oh? Alaaa Asha balik lepas berbuka lah macamtu.
Mama: Takde siapa nak ambil jugak nanti.
Me: Papa? Papa kan dah janji nak ambil Asha lepas berbuka nanti.
Mama: Papa masuk ward. Hari Selasa haritu. Mama taknak bagitahu awal-awal dekat Yong sebab Yong kan exam masatu.

And I was like -------------------------------------------------.
Empty.
Mood nak buat kejutan untuk Puan Suzana sudah terbang menghilang.
Hati aku juga sudah meronta-ronta rebel. Mahu pulang.

Terus aku balik KSJ, kemas apa yang perlu.
Naik LRT. Turun LRT. Naik KTM. Turun KTM. Naik teksi. Turun teksi. Pergi CCU Hospital Sungai Buloh, dalam keadaan separa berlari.

Kau mungkin taktahu apa yang seorang anak sulung kepada 3 beradik all-girls rasakan dan fikirkan bila ibunya sampaikan berita yang sedih abadi macamni.
Kau taktahu apa rasanya bila family kau hanya bergantung kepada seorang lelaki. Seorang sahaja.

Thank Allah because Papa only having a mild heart-attack on that Thursday.
Doctor said, "Kalau Papa awak kena serangan jantung yang kuat, mungkin teksi awak tak turun dekat hospital ni. Mungkin teksi awak turun dekat tanah perkuburan. Ya, kita semua patut bersyukur, Zahra."

Serius. Aku nak tumbuk je doktor tu masatu. Tapi betul juga kata dia. Hmm.

Papa. Umur baru 43 dah sakit this and that.
43. Hmm. And Mama is only 37.
And I am only only only 18.
So you guys must be should know why I am very worried about Papa's condition.

These few days Mama selalu call aku dekat kampus.
Bercerita tentang perkara yang hampir sama. Tentang mimpinya.
"Semalam Mama mimpi gigi Mama patah. Dua malam yang lepas pun sama."
Dah banyak kali dah Mama cerita macamtu.
And I was like, apa jadahnya kaitan dengan gigi? Kenapa gigi?
Ma kata, hari tu ada makcik si fulan ni kata, kalau kita kerap mimpi gigi kita patah, maknanya..
Ada ahli keluarga kita yang bakal meninggal dunia.
Orang lain lain pun ada yang sama ideologi dengan makcik si fulan tersebut.
Lalu aku hanya diam. Diam bukan sebab aku percaya ramalan makcik si fulan tu.
Diam sebab aku takut. Takut benda tu betul dan jadi dekat Papa.
I mean, eh kemon lah. Kalau dah ayah kita sakit, semua kemungkinan yang pelik bahkan yang tak pelik pun kita akan fikirkan, kan?

So Papa pun dah discharged from the hospital.
Getting better, Alhamdulillah. Nak berjalan ke sana ke mari dah takpayah pegang tongkat dah.
Dah boleh berjalan lambai lambai pergi surau.
Dah boleh menari-nari dengan Sarah.
Just so he wants to tell people that he's tough enough.
:)

Its getting near to Aidilfitri and I have no mood of raya.
Nak balik raya dekat Tanjong Karang pun rasanya tak kot. Yeah I can drive to kampung there tapi kau still takkan dapat rasa the excitement of Raya tu kalau ayah kau sakit, kan?

But hey thanks to you guys yang selalu support aku.
To Wanita Sado Maskulin, thanks a lot. Aku tahu aku bakal serabut hari khamis tu kalau korang tak tenteramkan aku.
Faqil, thanks for the support and selalu tanya pasal Papa. Sorry about our plan.
Alip, Ikhmal, Hakim 3, Celup and etc etc, thanks jugak tau.

Take care Pa. Keep Strong. I love you :*
 And yes. Semalam Mama mimpi giginya patah lagi. Ciss.

Sunday 4 August 2013

Of DDPK and Love.

Of Celupp and his "klaka ke badot?"
Of Marko and his "Oya"
Of Fafat and P1 wifi and her so-rare toolbox.
Of Nad and her so-called-minion-voices.
Of Azri and sweet talker.
Of Izzah and Electric Circuit and Programming. Eh. haha
Of Ikhmal and his Goodday Fresh Milk.
Of Hakim 1 and his "arghh"
Of Shuhada and her "aku cucuk kau Nad nanti kau shuuuuuuuuu"
Of Qayyum and his extra fingers.
Of Amir, Ijat and Syahrul and their happiness of being Tiga Serangkai.
Of Hidayah and Nana and Muiz and eh, sorry. haha.
Of Umar and sihir.
Of Syawal who is forever with Umar right now. I think Syawal has been sihir by Umar haha luls.
Of Kak Wawa and hmm entah. Dia jarang ada dengan kitorang. Hii.
Of Pales and nasyid.
Of Alip and bak hang, toolboq and his Honey Poney.
Of Hilman and his BTHO.
Of Pali and hmm hmm ni lagi sorang pendiam ni orang utagha ni. Hihi.
Of Joe and ashli. Okay Idk what are they talking about that ashli. Luls.
Of Faiz and iPhone 5.
Of Akid and hmm hmm, nose? Hiks, sorry Kid.
Of Yap and contact lens.
Of Azrul and Lipis and the so-called-tulang rusuk belah kiri aku haha
Of Atul and Kak Ton. Eh eh. Hii.
Of Izzati and tudung L _ _ _ _. Girls, you know what I'm saying right? Hewhew.
Of Salleh and Anjjingg!
Of Arif and he calls me Yom. Not Yong. Urghh.
Of Baim and his full marks for Electronic Workshops. Haiss jealous aku.
Of Hakim 2 and waiter at Kafe KSJ haha.
Of Amin and his mak at Terengganu.
Of Basysyar and his "Apa caaaaakap ni? Sorry eh."
Of Rusydi and those weird pictures in our Whatsapp group haha.
Of Che, the Kelantanese-Kuantan boy.
Of Hanif and SAS.
Of Adi and ciptaan manusia.
Of Alwi and cekelat cekelat Langkawi weee weee.
Of Hakim 3 and The-Cadburry-iPhone. And braces. And kuih raya. And Famous Amos. And kbye.

Know what, I'm starting to miss you guys.
Haiss teruk ni. Ni baru cuti raya haha.





Wanita Sado Maskulin.


Keep Calm and Stay Power. Hewhew.
Guys, thanks :*

Sunday 16 June 2013

UTM Sanjungan Bangsa.

Yeah I know it's a little bit of poyo about my post tittle.
But, hu kers? Suka hati aku ah. haha.


2 weeks here.
And I am starting to love this place and make it as my home. 
Haha pergh pengakuan berani separa mati.
But seriously, UTM KL is shoooooo awesome bebeh haha.

Our orientation week which named Minggu Transformasi Mahasiswa was pretty cool too.
The crews, gua cakap terbaik bhaii. Caring gila sampai ada yang patah riuk jaga kitorang haha.
At this moment I met Abang Wildan. Our senior :)
The most incredible senior I think. 
Lawak dia perghh agung abadi tahap Tera. Aku cramp usus bila jumpa dia haha.
He also the one who gave me nick name in UTM.

Him : Nama siapa?
Me : Zahra.
Him : Eh dekat kad matriks tulis Natasya? Mana satu?
Me : Err Zahra Natasya lah.
Him : Panjang sangat ah nama. Dekat rumah panggil apa?
Me : Err apahal?
Him : Takdelah. Abang kalau dekat rumah orang panggil Abang jugak. Bila dekat sini korang panggil Abang ni, Abang rasa macam dekat rumah pulak. Haa, dekat rumah panggil apa ni?
Me : Err Yong.

So that he call me Yong. And he asked my course mates to do so -..- Ciss ciss.

Unfortunately Ustazah Zaharah, our TITAS lecturer is the only
one who call me Natasya -..-


Talk about course mates.
Cuba teka semua ada berapa orang.
Hmm total up to 43 people. Hewhew.
Meet them all.

Muiz. Hakim 1. Hakim 2. Hakim 3. Adi. Sysyar. Celupp. Amin. Amir. Azrul. Faiz. Izzat. Marko. Qayyum. Alif. Yap. Alwi. Zul. Syawal. Syahrul. Akid. Che'. Hilman. Arif. Hanif. Azri. Baim. Ikhmal. Rusydi. Salleh. Umar Hakim. Joe. Fazzre. Nana. Farah. Izzah. Izzatie. Nadiyya. Kak Wawa. Shu. Atul. Hidayah. Aku.

10 out of 42 are girls. *flip tudung bawal* haha.

There's no Nana, Izzatie and Kak Wawa in the pic.

Okay let's talk about Kolej Kediaman Siswa Jaya.

Satu bilik 2 orang. Itu best (Y)
Katil and locker, everything's fine. Study table gua perghh apak besar. Alamak takde gambar nak tunjuk sorry -..- Ada 3 book shelf weh.
Honestly before aku masuk UTM aku risau study table aku kecik sebab bila tengok budak UTP punya table tu kecik. But UTM's totally different hihi. Soft board pun sorang satu ada. Kipas dia punya speed pun mantap tapi kuanghajar kipas dia bawah kaki aku, bukan kepala -..- Panas juga kadang-kadang.

Oh ya, meet my room mate, Fitriyani :) Orang Putrajaya.

Lucky of me because she's crazy too haha.

Batuk and selesema at UTM. Thank Allah ada PKU hihi.

Quick notes of Programming class. Apak terabur tulisan aku -..-

Engineering Maths, which Celupp said he can do this
better than Addmaths. haha.

So that's all for now. I'll write more on the next time.

By the way, suka tak my new blog tittle?
Hiks. Do not read the next sentence.
Okaylah kan nampak coolio sikit dari Krayon Patah Dua dulu.
Apa? Tak best? Hu kers bebeh? haha.
See ya :*
From UTM KL,
With love.

Zahra Natasya binti Nasaruddin.

Thursday 30 May 2013

Thank you.

We are all a little weird and life’s a little weird, and when we find someone whose weirdness is compatible with ours, we join up with them and fall in mutual weirdness and call it love.


P/S: Did I tell you how utterly happy I am?

Yeyeh Yeyeh :*

Me :)

Betina Panggilannya.

Lewat petang itu Papa pulang.
Tiba-tiba aku dengar Papa bising-bising.
Intonasi kedengaran agak marah.
Betina tak sedar diri! Mengandung lagi rupanya dia ni, Ma. Anak dah berderet tapi beranak aja kerja kau ya?! Anak-anak kau pun kau takpandai bagi makan sendiri.
Aku tersentak juga.
Err jiran aku yang mana yang mengandung ni?
Aku jenguk Papa. Kemudian dia ketawa berdekah-dekah berjemaah bersama Mama. Err banyak juga dekahan itu.

Oh, dia cakap dengan kucing rupanya.
Kucing. Kucing betina. Tahu?


Wednesday 29 May 2013

You.

Right from the start
You were a thief 
You stole my heart
And I your willing victim.
I let you see the parts of me
That weren't all that pretty
And with every touch you fixed them.


Friday 24 May 2013

Rasa.

Kalau hidup ini pahit,
Allah lah gulanya.


Thursday 23 May 2013

Sahaja Aku.

UTMSPACE.
Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.

Yes. I choose to be there.
Dah jangan tanya kenapa aku tak pergi Kolej MARA Kuala Nerang;
kalau taknak kena lempang.
Eh, pantun. haha.

So, let's start with niat.
Ya Allah, ease our business and don't make it difficult.
Set our heart, Ya Allah.
Remind us of what we forget.
Amin.

 Teruskan tugas sebagai penuntut demi menimba ilmu dengan penuh kejayaan. Take care dear.
Jangan menggatal nak pinjam. Sekian.

May the odds be ever in your favor.
May the force be with you.



Tuesday 14 May 2013

Gemuruh.

Yea aku tahu agak berkurun aku tak update blog.
biar ah. kalau kau rajin sangat, meh sini datang rumah sila updatekan. sekian. hoho.

Okay mari sini bersila. Sila baca.

Haritu Papa ajak pergi derma darah.
Yes sekarang bukan musim Kempen Derma Darah or so whatever. Jadi takperlu nak dok selakselak cari brochure pasal kempen derma darah. kbye haha.

Okay back. kau ingat aku eksaited sangat ke nak derma darah?
Ketaq weh. Gemuruh.

Salah satu benda yang aku benci tentang diri aku ialah bila aku gemuruh atau malu aku akan menggunakan 'jenaka' sebagai mekanisme pelindung (defence mechanism).
Jenaka yang dimaksudkan di sini adalah lawak-lawak yang tak kelakar.
Lawak-lawak awkward. Tahu?

Jururawat cantik mula mengambil nota maklumat peribadi aku.
Jadi bila dia tanya,
"Jenis darah?", 
aku dengan kononnya kelakar menjawab,
"Darah bangsawan, kak."
Suasana yang mulanya sunyi mula diisi dengan gelak tawa.

Gelak tawa aku sendiri.

Gelak tawa aku seorang.

Sunday 28 April 2013

Serius?

I did tumblr-walking and I found this on Sarah Kamelah's tumblr.

maka ada orang jawab.
mari baca :) hiiiii.

Haha it’s pretty simple really. Our mind goes from thinking we have logic to “joiealhrngerkdjshnvlkzjhdnsf”. It kind of sneaks up on you. You get to see her, and all of a sudden you find yourself wanting to see her more, and you’re not entirely too sure why. Just something about her makes you smile. You talk to her as much as you can. Or you at least try to anyways. But to be honest sometimes you find yourself at a loss for words. It’s because she’s gorgeous; you literally lose every thought in your mind. The only words you’re thinking are “wow…this girl…” and you WANT to tell her. But you know it’s not the right time, and you’re worried you’ll just scare her off. We think that for a number of reasons…you could have been hurt in the past by a guy and we don’t want to be associated with him by a stereotype, you could not be interested in us and think we’re creepy, the usual stuff. Anyways, as you talk to her more and more and time passes by. Days. Weeks. Months. However long it takes…you find your days strange if you don’t talk to her. She’s on your mind all the time. Everything from “man I wish she was here…” to “I can’t get over how beautiful her eyes are…I see them everytime I close mine…”. Then next thing you know you’re with her, and your heart starts racing as you begin to get shaky. You don’t want her to see your hand trembling, but in front of everybody you physically flirt a little to test the waters. And if she plays back you swallow everything and lightly go to take her hand. In front of every one. Your friends are cheering you on in their heads, but you can see it in their eyes. And then you look into hers just to see if she’s just as nervous as you are…..and at that point it’s fair to say you’ve fallen for a girl. Maybe not totally gone off the ledge, fallen in love. But she’s definitely going to be almost every thought you have. And every moment you’re not with her, you’re going to wish you were. And if you’re lucky enough to reach the point where she starts taking your hand first? Good luck son. Heart will be skipping beats. Pulse will be sky rocketing. Words may even stutter. I guess what I’m getting at is, a girl is kind of like an addiction. Not in a bad way (most the time). But once one catches your attention you can never get enough of her. You want more. You want to see her more. You want to hold her more. And above all else you want her to smile more…because all of those things, they give you a rush you just can’t replace. 
-virginiacountryboy.

err F, ada rasa macamtu tak? eh. haha.
hihi malu iollss. kbye :)

Friday 19 April 2013

Definisi.

Definisi kacak kita berbeza.
bagi aku, kalau orang tu boleh terima kepelikkan aku,
dia kacak.

bahkan malam tadi dia lebih kacak dengan bungkusan spaghetti buatan sendiri di tangan kanan.
serta sehelai baju melayu tersarung di badan.

maka aku sudah kata kan dahulu.

definisi kacak kita berbeza.

 Told cha.
I'll see you when Allah let me.
Alhamdulillah :)

Friday 12 April 2013

Harap Gelak.

tengok ini.
dan tolong gelak.
ya tolong jangan bagi aku rasa hampa.

tolong gembira bersama aku yang gundah gulana.

mari bergelak ketawa.
sabarlah hati.
mari cari pintu rezeki.
Zahra, jangan bunuh diri :)

Wednesday 3 April 2013

iPhone Auto-correction.

Siapa pengguna iPhone di sini sila angkat tangan.

Okay, jadi kau tentu faham tahap sakit hati aku setiap kali bila menaip sms dalam Bahasa Melayu bila menggunakan iPhone, kan?

Eh, lupa pula. Turunkanlah tangan tu.

Ha, bila menaip sms dalam Bahasa Melayu, sistem auto-correction iPhone akan menukar perkataan Bahasa Melayu yang ditaip kepada perkataan Bahasa Inggeris ejaan terdekat. 
Contohnya, perkataan 'kita', auto-correction akan tukarkan dengan selamba jadi 'kits', 
perkataan 'garit' jadi 'gator'. 
Cubalah, kalau tak percaya.

Tuesday 2 April 2013

Paku Dulang Paku Serpih.

The pot has to call the kettle black.
Because calling the kettle nigger is just plain rude.

Sunday 17 March 2013

Enjin.

yesterday I went to Karnival Pendidikan MARA at PWTC.
aku jalan dengan Naufal and Halif; the Bodyguards :* hihi.
mostly kalau pergi any booth, they asked:
Adik minat course apa? Medic?
err tak. Engineering.
which branches of engineering?
Electrical Electronics.
Can a girl like you survive on that field? *muka tak yakin.
krikk krikk.
okay rasa macam masa tu nak sumpit staffs yang kata gitu. hmmph.
tapi takde ah semua. hihi. overall superb ah staffs MARA \m/
nanti dua tiga tahun kau jumpa aku pulak jadi staff yang tukang bagi brochures tu.
haha.

Thursday 14 March 2013

Anniversary.

beriya betul couple pun ada anniversary segala bagai.
parents aku 19 tahun kahwin pun takde nak sambut gitu.
duduk bersila tengok tv je.
okay bye.

Wednesday 13 March 2013

Nak ini! Nak ini!

I do love colors so much.

          

I show these pictures to Mama.

Aku: Ma, Asha nak ini ma. boleh tak?
Mama: Pergi tanya Papa.
Aku: Pa, Asha nak ini. boleh kan boleh kan? hiiiii.
Papa: Pergi tanya Mama. 
hmm okay. payah kalau dah pass pass tanya gini. hmm.

Wednesday 6 March 2013

Teletubbies

pernah minat Teletubbies? hihi.

rasa nak sepak sebab kiyuuuutttt sangat. grrr.
comel kan?
ada tanduk kat kepala. gemuk gemuk.
warna warni. ada TV dekat perut.
haha.

aku teringat Jannah ada update status macam ni:


hihi sorry Jannah.
tapi kalau dah ada orang iktiraf kau lari macam Teletubbies dekat PLKN tu comel apaaaaa..
haha.
yang vacuum cleaner tu aku saja acah kau tau Jannah. tapi binatang bermesin tu comel juga. haha.

Vacuum Cleaner ni suka curi biskut dorang kan?
masa aku 5-6 tahun dulu, aku cukup addicted dengan barangbarang Teletubbies.
kalau ada ubat gigi jenama Teletubbies pun aku nak juga.
hish geram. gemuk comel doh. rasa nak lempang. haha.
meet the family :)


aku rasa dia Mama Teletubbies. sebab dia ada HANDBAG MERAH :)
aku panggil dia Abang Teletubbies. sebab dia ada TOPI COWBOY. hihi.
aku beranggapan dia Kakak Teletubbies. anak kedua. ada BOLA MAINAN besar gabak. haha.

Adik Bongsu. paling kecik cinonet. ada SKUTER. weeeeeeeee :)
kay semua comel. haha.
Jannah, ini Hadiah :)