expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 20 October 2013

Ke hadapan.

Ke hadapan diri sendiri pada masa hadapan. 

Apa khabar? Aku di sini sihat sahaja walaupun tidak sesenang kau. Aku harap kau berada dalam keadaan sihat sejahtera. Sekarang aku sedang bertungkus-lumus untuk terus hidup di kota yang penuh buas ini. Kau pun tahu kan betapa buasnya Kuala Lumpur, bukan? Aku tahu kau tak lupa. Kuala Lumpur kalau nak diikutkan lebih kejam daripada ibu tiri. Tak mengapa, aku sudah lali. Sudah mangli sampaikan aku cukup selesa didera sebegini.

Aku menulis surat ini sebenarnya cuma ingin mengingatkan kau tentang azam-azam yang kau pernah janjikan untuk diri sendiri. Kau kata bila kau senang kau tak kan lupa diri. Ya aku tahu mungkin kau tak lupa, tapi aku harap kau laksanakan. Boleh?

Jangan lupa diri.

Yang Dahulu;
Diri Kau Sendiri.

No comments:

Post a Comment