expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday 14 May 2013

Gemuruh.

Yea aku tahu agak berkurun aku tak update blog.
biar ah. kalau kau rajin sangat, meh sini datang rumah sila updatekan. sekian. hoho.

Okay mari sini bersila. Sila baca.

Haritu Papa ajak pergi derma darah.
Yes sekarang bukan musim Kempen Derma Darah or so whatever. Jadi takperlu nak dok selakselak cari brochure pasal kempen derma darah. kbye haha.

Okay back. kau ingat aku eksaited sangat ke nak derma darah?
Ketaq weh. Gemuruh.

Salah satu benda yang aku benci tentang diri aku ialah bila aku gemuruh atau malu aku akan menggunakan 'jenaka' sebagai mekanisme pelindung (defence mechanism).
Jenaka yang dimaksudkan di sini adalah lawak-lawak yang tak kelakar.
Lawak-lawak awkward. Tahu?

Jururawat cantik mula mengambil nota maklumat peribadi aku.
Jadi bila dia tanya,
"Jenis darah?", 
aku dengan kononnya kelakar menjawab,
"Darah bangsawan, kak."
Suasana yang mulanya sunyi mula diisi dengan gelak tawa.

Gelak tawa aku sendiri.

Gelak tawa aku seorang.

No comments:

Post a Comment