expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday 7 August 2013

Papa.

That Thursday, after kelas Dinamika Malaysia, Mama called me.
Masa tu aku ada bersama Fafat, Izzah dan Nadiyya di Blok F. Berusaha untuk memberi kejutan kepada Puan Suzana sempena farewell Puan, kononnya.

Sebaliknya, ketika itu aku yang dikejutkan.

Kerana;

Mama: Yong dah habis kelas dah ke?
Me: Dah dah, kenapa Ma?
Mama: Kalau Yong balik petang ni sendiri boleh? Takde siapa nak ambil lah.
Me: Oh? Alaaa Asha balik lepas berbuka lah macamtu.
Mama: Takde siapa nak ambil jugak nanti.
Me: Papa? Papa kan dah janji nak ambil Asha lepas berbuka nanti.
Mama: Papa masuk ward. Hari Selasa haritu. Mama taknak bagitahu awal-awal dekat Yong sebab Yong kan exam masatu.

And I was like -------------------------------------------------.
Empty.
Mood nak buat kejutan untuk Puan Suzana sudah terbang menghilang.
Hati aku juga sudah meronta-ronta rebel. Mahu pulang.

Terus aku balik KSJ, kemas apa yang perlu.
Naik LRT. Turun LRT. Naik KTM. Turun KTM. Naik teksi. Turun teksi. Pergi CCU Hospital Sungai Buloh, dalam keadaan separa berlari.

Kau mungkin taktahu apa yang seorang anak sulung kepada 3 beradik all-girls rasakan dan fikirkan bila ibunya sampaikan berita yang sedih abadi macamni.
Kau taktahu apa rasanya bila family kau hanya bergantung kepada seorang lelaki. Seorang sahaja.

Thank Allah because Papa only having a mild heart-attack on that Thursday.
Doctor said, "Kalau Papa awak kena serangan jantung yang kuat, mungkin teksi awak tak turun dekat hospital ni. Mungkin teksi awak turun dekat tanah perkuburan. Ya, kita semua patut bersyukur, Zahra."

Serius. Aku nak tumbuk je doktor tu masatu. Tapi betul juga kata dia. Hmm.

Papa. Umur baru 43 dah sakit this and that.
43. Hmm. And Mama is only 37.
And I am only only only 18.
So you guys must be should know why I am very worried about Papa's condition.

These few days Mama selalu call aku dekat kampus.
Bercerita tentang perkara yang hampir sama. Tentang mimpinya.
"Semalam Mama mimpi gigi Mama patah. Dua malam yang lepas pun sama."
Dah banyak kali dah Mama cerita macamtu.
And I was like, apa jadahnya kaitan dengan gigi? Kenapa gigi?
Ma kata, hari tu ada makcik si fulan ni kata, kalau kita kerap mimpi gigi kita patah, maknanya..
Ada ahli keluarga kita yang bakal meninggal dunia.
Orang lain lain pun ada yang sama ideologi dengan makcik si fulan tersebut.
Lalu aku hanya diam. Diam bukan sebab aku percaya ramalan makcik si fulan tu.
Diam sebab aku takut. Takut benda tu betul dan jadi dekat Papa.
I mean, eh kemon lah. Kalau dah ayah kita sakit, semua kemungkinan yang pelik bahkan yang tak pelik pun kita akan fikirkan, kan?

So Papa pun dah discharged from the hospital.
Getting better, Alhamdulillah. Nak berjalan ke sana ke mari dah takpayah pegang tongkat dah.
Dah boleh berjalan lambai lambai pergi surau.
Dah boleh menari-nari dengan Sarah.
Just so he wants to tell people that he's tough enough.
:)

Its getting near to Aidilfitri and I have no mood of raya.
Nak balik raya dekat Tanjong Karang pun rasanya tak kot. Yeah I can drive to kampung there tapi kau still takkan dapat rasa the excitement of Raya tu kalau ayah kau sakit, kan?

But hey thanks to you guys yang selalu support aku.
To Wanita Sado Maskulin, thanks a lot. Aku tahu aku bakal serabut hari khamis tu kalau korang tak tenteramkan aku.
Faqil, thanks for the support and selalu tanya pasal Papa. Sorry about our plan.
Alip, Ikhmal, Hakim 3, Celup and etc etc, thanks jugak tau.

Take care Pa. Keep Strong. I love you :*
 And yes. Semalam Mama mimpi giginya patah lagi. Ciss.

No comments:

Post a Comment