Ke hadapan diri sendiri pada masa hadapan.
Apa
khabar? Aku di sini sihat sahaja walaupun tidak sesenang kau. Aku harap
kau berada dalam keadaan sihat sejahtera. Sekarang aku sedang
bertungkus-lumus untuk terus hidup di kota yang penuh buas ini. Kau pun
tahu kan betapa buasnya Kuala Lumpur, bukan? Aku tahu kau tak lupa.
Kuala Lumpur kalau nak diikutkan lebih kejam daripada ibu tiri. Tak
mengapa, aku sudah lali. Sudah mangli sampaikan aku cukup selesa didera sebegini.
Aku
menulis surat ini sebenarnya cuma ingin mengingatkan kau tentang
azam-azam yang kau pernah janjikan untuk diri sendiri. Kau kata bila kau
senang kau tak kan lupa diri. Ya aku tahu mungkin kau tak lupa, tapi
aku harap kau laksanakan. Boleh?
Jangan lupa diri.
Yang Dahulu;
Diri Kau Sendiri.
No comments:
Post a Comment