expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, 26 August 2013

Selamat.

Masih kau ingat gambar pertama kita dulu?
Gambar aku tersenyum riang berbalik tabirkan wiring bay di Bengkel Elektrik.
Kau tahu, aku masih simpan foto itu.
Dan jadikan sebagai ID contact nama kau.
Sebab aku rasa gambar tu nampak comel. Kbye.

Kau ingat waktu kau tegur cermin mata baru aku?
Eh Yong, specs baru.
Kau tahu, kau cakap macamtu pun dah boleh buat aku senyum walau tika itu aku berfikiran serabut Ya Rabbi dalam cubaan menyiapkan assignment Programming.
Oh ya. Dan aku juga taktahu bentuk specs atas pilihan Celup ini sama dengan milik kau.
Kebetulan. Kbye.

Kau ingat tak waktu aku tanyakan
"Sawo matang tu macam mana doh?"
Sawo matang tu macam kulit dia ni haa.
"Oh, habis aku ni? Sawo separa matang? Haha haha."
Kau putih. Haha.
Haha haha haha. Haha haha haritu aku gembira.
Taktahu kenapa. Mungkin tumpang gembira sebab kau beli beg baru. Kbye.

Kau masih ingat waktu kau beritahu kau sebenarnya rabun dekat?
Kau tahu, aku terkejut. Terkejut yang melampau, mungkin. Tahap Tera. Separa sahaja sebenarnya.
Tapi comel. Kau rare kot. Serious. Kbye.

Kau masih ingat sepeket coklat Nips yang aku bawakan untuk kau dulu dulu?
Aku tahu kau hanya gemar yang kismis. Terima kasih beritahu.
Kalau kau sedar, hampir setiap hari aku bawa Nips warna ungu itu.
Kalau kau tahu, aku cuma mahu bawa Nips itu hanya untuk kau. Kbye.

Kau ingat lagi tak waktu aku luah semua tentang kawan baik aku yang kau pun kenal jugak tu?
Bebebeh. Kak Yong jeles.
Kau tahu, aku lega dapat keluarkan segala rasa kecewa aku yang shaiton shaiton terhadap dia tu; lepas cakap dengan kau.
Kau ajak aku supaya aku jangan sedih malam itu. Aku dah tak sedih :)
Mungkin aku  boleh label kau sebagai kawan yang memahami. Sangat memahami sebenarnya. Terima kasih. Kbye.

Aku harap kau mampu ingat lebih dari apa yang aku ingat.
Tapi aku tahu aku hanya berharap.

Hari ini, Ogos 25.
Selamat ulang tahun yang ke lapan belas.
Moga kau gembira. Makin gembira.
Moga kau jadi jurutera, sama seperti impian mak kau.
Aku nak kau gembira. Aku nak kau selalu senyum. Senyum edisi malu kau itu. Kbye.



No comments:

Post a Comment